Suatu saat dulu...Bila rindu mengamit kalbu,
kertas putih...tinta hitam...sedia menjadi teman,
agar segala kebuntuan ilusi...
dapat digambarkan satu persatu

Sunday 27 March 2011

SAYANG... DENGARKANLAH MADAHKU INI

Sayang
Sejak aku mengenalimu
Aku mula mengenali erti cinta, sayang dan rindu
Hidupku disinari cahaya...cahaya cinta darimu
Segala ungkapan antara kau dan aku
telah kita kongsi bersama...tanpa keraguan

Sayang
Engkau mengajarku erti cinta yang sebenarnya
Hatiku  telah mampu kau selami dan takluki
Aku tertewas... dan tembok keegoanku telah kau runtuhkan
Akhirnya aku rebah di pangkuanmu
Dengan segumpal keasyikan

Sayang
Detik itu masih lagi ku ingati

Dimana engkau membicarakan soal cinta 
Tetapi aku telah mempersendakannya
Cinta bukanlah duniaku 
Walaupun berjuta keasyikkan engkau gambarkan 
Namun aku tetap dengan landasanku 
Tapi...engkau bijak mencari kelemahanku 
Engkau pintar mencuit perasaanku 
Sehinggalah tiba saat itu 
Engkau dengan beraninya cuba berdiri 
Di atas tembok keangkuhanku 
Ungkapan dan gema perasaanmu 
Telah menjadikan aku bungkam dan kelu 
Tiada bait yang mampu kutitipkan buatmu 
Serasa batu besar sedang menghimpit dadaku 
Seakan ada kuasa... yang telah mengajarku 
Untuk berkata 'I LOVE YOU TOO' 
Jiwaku mengalami satu tamparan yang hebat 
Namun, aku pasrah... kerana kuasa cintamu 
Tiada tolok bandingnya

Sayang
Ketika kasihku kian bersemai
Aku dikejutkan dari khayalan
Engkau pergi meninggalkan aku
Aku hilang arah tujuan
Dalam sekelip mata ianya berlaku
Apa lagi yang tinggal untukku
Hanyalah secebis kerinduaan yang engkau bekalkan
Tiap saat ku dakap kerinduaan itu...agar tenang jiwaku

Sayang 
Tolonglah ubati jiwaku
Aku tak mampu lagi...berpisah darimu
Walau sesaat cuma... ianya seratus tahun bagiku
Saat pemergianmu
aku termanggu sendirian
Untaian cinta kita kurenungi...hingga
Aku mengharapkan ia bersuara
tetapi hanyalah sia-sia
Apa yang ku dapat hanyalah...sebuah kerinduan
Kerinduaan yang tak berkesudahan...

Kini, apa yang ku tahu hanyalah...
RINDU PADAMU...RINDU PADAMU...RINDU PADAMU

No comments:

Post a Comment